Apa yang dibuat selama ini.. (0)

Masyaallah sudah lama rupanya blog ini tidak diupdatekan!

Itulah perkara pertama yang terlintas difikiran saya apabila mengenangkan nasib blog ini (dan nasib saya sebenarnya). Sudah setahun tiada update takkanlah tiada sesuatu pun yang berlaku pada masa setahun itu?

Ya benar. Macam-macam berlaku sepanjang 2011 yang banyak mematangkan saya sebenarnya. Ada beberapa perkara saya rasa yang telah menyebabkan nasib blog ini seakan-akan terumbang-ambing. Antara yang saya boleh kongsikan ialah :

  • talian internet yang sekejap ada, sekejap tak ada (anda ingat tak iklan apa yang menggunakan ayat tadi? :) )
  • fokus yang tidak mampan dalam menentukan visi blog ini
Sebenarnya pada waktu itu saya dalam proses pencarian perniagaan yang boleh dilakukan di internet. Pelbagai pilihan ada didepan mata dan habuannya memang agak lumayan kalau betul caranya. Terutama sekali apabila membabitkan sebuah perniagaan yang melibatkan seluruh dunia. Antara kaedah menjana wang di internet ialah dengan menjual produk fizikal ataupun digital. Yang menariknya, ada juga mereka-mereka yang menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja dengan mereka tidak perlu mengeluarkan modalpun untuk memborong stok. Inilah dinamakan sebagai Affiliate Marketing.

Sebenarnya saya ada sesuatu yang lain yang ingin dikongsikan kepada pembaca blog ini. Ianya mengenai perniagaan internet dan apa pandangan Islam mengenainya. Saya bukanlah seorang Ustaz mahupun seorang yang bersekolah agama tapi saya berikrar untuk memajukan diri sendiri sedaya upaya saya untuk membentuk peribadi diri sesuai dengan kehendak syarak. Untuk menerangkan tentang isu tersebut, saya rasa baiklah untuk ditangguhkan terlebih dahulu. Ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 12.11 malam. Mahu tidur untuk bangun awal esok :)


Label: