LG Optimus 2X sudah berada di pasaran!

 sumber gambar dari Engadget.com

Sedihnya, hanya untuk pasaran Korea Selatan sahaja buat masa sekarang..

Assalamualaikum pelawat tercinta!


Adakah anda peminat tegar smartphone? Saya tahu setiap orang mesti mahukan sebuah smartphone terutama yang dari buah Epal tu. Handphone tu memang la popular sangat seantero dunia ni.


Pernah dengar tentang Android phone? Android adalah OS untuk smartphone/tablet dari Prof. Google.


Untuk keluaran terbaru, tercanggih dan tercantik dari rakan kongsi mereka LG, Optimus 2X sudah pun berada di toko-toko kedai elektronik di Korea Selatan (kalau la saya ada di sana, dan duit pun ada, memang akan terus sambar satu!)


Jadi apa yang ada dengan 2X?


2X pada model ini mengetengahkan prosessor Nvidia Tegra 2 dengan 2 teras (betul ke direct translation from 2 cores?).


"Boleh beri penerangan yang simplistik lagi tak bro Shafiq?"


Oh, ada yang tak faham? Boleh sahaja. Ayat yang paling mudah nak menerangkan smartphone ini ialah anda akan membeli sebuah mini komputer berkuasa tinggi yang dapat dibawa ke mana sahaja!


Dengan Nvidia Tegra 2, tambah lagi dengan 2 teras prosessor, permainan 3D, tahap responsi sistem, efek visual dan keseluruhan operasi handphone akan bertambah pantas. Apa yang lagi menarik ialah tahap ketahanan bateri juga sudah diperbaiki dengan Tegra 2 ini.


Bottemline is, this is seriously an iPhone 4 killer phone!


Tapi sebenarnya, iPhone tak perlu risau sangat pun.. Sebabnya keluarga spesies diorang akan mendapat adik yang baru.


iPhone 5?


:)


Tunggu sahaja khabar dari Si Epal.


Salam sayang daripada saya,




Sumber IT Today (Korea)

p/s : hari ni Kota Bharu hujan setelah dekat seminggu cerah. Baju lupa nak angkat...
Label:

1 komen:

Anonymous said...

wah yang ni pakai android gak.. nice one





Mari tengok Top 10 Most Expensive Cars in the World 2010

Post a Comment